BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS »

Sunday, August 30, 2009

Geografi Asia : Pengangkutan dan Perhubungan - Jenis-jenis Pengangkutan
1.
Perhubungan dan pengangkutan memainkan peranan penting kerana merapatkan perhubungan antara:-
i. kawasan-kawasan dalam sesebuah negara
ii. negara-negara di benua Asia
iii. negara-negara Asia dengan negara-negara lain.

2.
Cara perhubungan pada masa dahulu menggunakan:-
i. isyarat asap
ii. bendera
iii. memukul gendang
iv. burung merpati

3.
Pada masa kini terdapat pelbagai jaringan sistem pengangkutan yang moden seperti jalan raya, jalan kereta api, jalan laut dan sungai.

4.
Jalan raya merupakan cara pengangkutan yang penting di benua Asia.
5.
Negara-negara yang mempunyai jaringan pengangkutan yang baik ialah Jepun, Singapura dan Malaysia.
6.
Jalan raya yang terpanjang di Asia Tenggara ialah Highway One (2000 km) di Vietnam.

7.
Lebuh raya Pan Asian dijangka dapat menghubungkan benua Asia dengan benua Eropah.

8.
Faktor-faktor yang mempengaruhi pembinaan jalan raya di Asia ialah :-
i. bentuk muka bumi
ii. kegiatan ekonomi
iii. bandar-bandar besar
iv. penduduk padat

9.
Jaringan jalan kereta api di kebanyakan negara Asia amat kurang berbanding dengan jaringan jalan raya.

10.
India mempunyai jaringan jalan kereta api yang terbesar di Asia.

11.
Jepun mempunyai rangkaian sistem kereta api yang paling moden.
12.
Negara-negara Asia yang mempunyai sistem kereta api elektrik ialah:-
i. Jepun
ii. Singapura
iii. Hong Kong
13.
Jepun mempunyai ‘ kereta api peluru’ yang dapat bergerak selaju 210 km sejam.

14.
Kemajuan teknologi membolehkan sisten kereta api bawah tanah di bina.
Contohnya :- Hong Kong → Mass Transit Railway(MTR)
Singapura → Mass Rapid Transit (MRT)

15.
Jalan kereta api Trans Siberia adalah yang terpanjang di dunia, menghubungkan Vladivostok ke Moscow.

16.
Rangkaian kereta api utama yang lain ialah:-
Singapura – Padang Besar – Bangkok – Ho Chi Min – Beijing
Istanbul (Turki) – Milan(Itali)

17.
Kepentingan perkhidmatan kereta api ialah:-
i. murah dan mudah - digunakan untuk mengangkut barang pukal
ii. dapat mengatasi masalah kesesakan lalulintas
iii. memudahkan perhubungan di antara bandar-bandar utama Asia
iv. membawa kemajuan kepada kawasan-kawasan terpencil seperti Siberia.




diambil dari laman web ini:
http://www.tutor.com.my/tutor/arkib2002.asp?e=PMR&s=GEO&b=OGO&m=3&r=m&i=NOTA

Sunday, June 28, 2009

PETEMPATAN TINGKATAN 2




















PENDUDUK MALAYSIA DAN PETEMPATAN

PETEMPATAN AWAL

1.Tebing sungai, muara sungai and tepi laut menjadi tumpuan petempatan awal.

2.Petempatan awal yang masyhur ialah :

a)Lembah Bujang di sekitar Sg. Merbuk Kedah
b)Kerajaan Gangga Negara di muara Sg. Kinta
c)Kerajaan Johor-Riau di muara Sg. Johor
d)Kesultanan Melaka di muara Sg. Melaka
e)Gua Niah di Sarawak
f)Teluk Darvel di Sabah
3.Gua Niah dan Teluk Darvel merupakan petempatan awal orang zaman batu.

4.Kebanyakan petempatan awal di Malaysia terletak di pinggir laut dan muara sungai kerana :

a)Keselamatan - daripada binatang buas dan cuaca buruk.
b)Perhubungan - sungai dan laut merupakan jalan perhubungan dan pengangkutan yang mudah.
c)Mata pencarian - Laut dan sungai membekalkan ikan.
-Tanah lanar di lembah sungai sesuai untuk pertanian.
d)Bentuk muka bumi - tanah pamah yang rata
e)Kemudahan asas - sungai merupakan sumber air minuman, membasuh dan mandi-manda.
TABURAN PENDUDUK
1. Penduduk di Malaysia berjumlah kira-kira 19.9 juta orang (1995).

2. Kira-kira 82% daripada jumlah penduduk tinggal di Semenanjung, 7% di Sabah dan 11% di Sarawak.

3. 95% daripada penduduk Malaysia bertumpu di :
~dataran dan lembah sungai
~kaki bukit
~pinggir pantai

4. Taburan penduduk di Malaysia tidak sekata.

5. Kawasan-kawasan yang kepadatan penduduknya tinggi :
~Lembah Kelang
~Lembah Kinta
~Dataran Kedah, Pulau Pinang dan Seberang Perai
~Delta Kelantan
~Sekitar bandar-bandar besar - Kuala Lumpur, Ipoh, George Town dsbnya.

6. Kawasan-kawasan yang penduduknya sederhana padat :
~kawasan lembah Sg. Pahang dan Sg. Baram.
~kawasan kaki bukit dan pantai tidak berpaya.
~Rancangan kemajuan tanah seperti Segitiga Jengka, Pahang-Terengganu, Johor-Terengganu dan Kelantan Tengah.
~Semenanjung Semporna, dataran pantai barat, lembah Sg. Kinabatangan, Dataran Keningau-Tambunan dan bandar Lahat Datu, Kudat dan Keningau di Sabah.
~Lembah hilir Sg. Rajang, Sg. Oya dan Mukah serta bandar-bandar kecil seperti Sibu, Bintulu, Miri dan Mukah di Sarawak.

7. Kawasan-kawasan yang rendah kepadatan penduduknya, ialah :
~Kawasan yang bergunung-ganang dan berhutan tebal seperti Banjaran Titiwangsa dan Banjaran Crocker.
~Kawasan berpaya bakau dan air tawar.
~Kawasan timur dan pedalaman Sabah.
~Kawasan pedalaman terpencil di Sarawak.

8. Pantai barat Semenanjung Malaysi menjadi tumpuan penduduk kerana :
~Kawasan dataran lanar yang luas dan subur sesuai untuk penanaman padi.
~Kawasan yang beralun dan kaki bukit yang bersaliran sesuai untuk penanaman getah dan kelapa sawit.
~Kaya dengan bijih timah.
~Terdapat bandar-bandar besar dan pelabuhan yang baik.
~Terdapat banyak pusat perindustrian.
~Terdapat jaringan jalan raya dan keretapi yang baik.

POLA PETEMPATAN DI MALAYSIA
1. Petempatan berpusat
~Rumah bangunan yang tersusun rapat.
~Biasa terdapat di simpang jalan raya, jalan keretapi, pelabuhan, pusat perniagaan dan perdagangan.
~Petempatan berpusat terdapat di pekan, bandar dan bandaraya seperti Kajang, Goerge Town, dan Kuala Lumpur.

2. Petempatan berjajar atau linear
~Rumah dan bangunan tersusun di sepanjang pinggir pantai, tebing sungai, terusan, permatang, jalan raya, atau landasan keretapi.
~Contoh di kawasan penanaman padi Dataran Kedah-Perlis.

3. Petempatan berselerak
~Rumah dan bangunan dibina jauh antara satu sama lain.
~Petempatan begini biasa terdapat di kawasan pedalaman, luar bandar, dan kebun-kebun kecil.

LINGKUNGAN PENGARUH
1. Kawasan bandar dan luar bandar saling bergantungan.

2. Penduduk bandar terlibat dalam sektor perindustrian, perniagaan, perdagangan, dan pekhidmatan.

3. Penduduk luar bandar terlibat dalam sektor pertanian, perlombongan, pembalakan & perikanan.

4. Penduduk luar bandar membekalkan bahan mentah manakala penduduk bandar menyediakan barangan keperluan harian dan perkilangan.

5. Bandar besar mempunyai lingkungan pengaruh yang besar mempengaruhi bandar kecil.

BANDAR-BANDAR UTAMA
Faktor yang mempengaruhi perkembangan bandar :

1. Lokasi - kedudukan bandar sesuai untuk perkembangan.
2. Fungsi - bandar itu mempunyai kemudahan yang cukup untuk menampung penduduk yang kian bertambah.
3. Lingkungan pengaruh bandar - mempunyai kawasan sekitar yang luas dan mempunyai kemudahan yang cukup untuk menyediakan bahan mentah, tenaga dan pasaran.
4. Jalan perhubungan - memudahkan pergerakan penduduk dan barangan yang dapat meluaskan lingkungan pengaruh.

B. Jenis-jenis Lokasi bandar

Persimpangan jalan raya atau kereta api
~Kuala Lumpur
~Gemas

Muara atau sungai
~Kuala Terengganu
~Kuantan

Persimpangan sungai
~Kuala Lumpur
~Kuala Kangsar
Jambatan sungai
~Tanjung Malim
~Temerloh
Pangkalan terminal jalan (hujung bukit)
~Kangar
~Johor Bahru

Kaki bukit
~Tapah
~Raub

Pelabuhan
~Pelabuhan Klang

C. Fungsi bandar

1. Sebagai Pusat pentadbiran
Kuala Lumpur
Alor Setar
George Town
Ipoh
Kuala Terengganu
Kota Kinabalu
Kuantan
Shah Alam
Seremban
Melaka
Johor Bahru
Kota Bharu
Kuching

2. Bandar Pelabuhan
Klang
Melaka
Johor Bahru
George Town
Kuantan
Kuching
Kota Kinabalu

3. Bandar Perlombongan
Bijih Timah :
Ipoh
Seremban
Kuala Lumpur
Petroleum :
Miri
Kerteh
Lutong

4. Bandar Pelancongan
Melaka
Cameron Highlands
P. Langkawi
P. Pangkor

5. Bandar Pertanian
Penanaman Padi :
Alor Setar
Tanjung Karang
Penanaman Getah :
Seremban

6. Bandar Perkilangan
Bayan Lepas
Ipoh
Perai
Johor Bahru
Kuantan
Kuala Lumpur
Petaling Jaya
Shah Alam
Kuching
Kota Kinabalu

7. Pusat Pengajian Tinggi
Kuala Lumpur
Bangi
Geogge Town

BANDARAYA DAN BANDAR
1. Kuala Lumpur
~Terletak di pertemuan Sg. Gombak dan Sg. Klang.
~Perkembangan bermula sebagai bandar perlombongan bijih timah.
~Kepentingan dan perkembangannya sebagai :
>Ibu negara dan pusat pentadbiran Malaysia.
>Pusat tumpuan jalan raya, jalan kereta api dan lapangan terbang.
>Pusat perindustrian - Shah Alam, Petaling Jaya, dan Sg. Way.
>Pusat perdagangan dan perniagaan dengan kemudahan pasar besar, pasaran saham, bank, institusi kewangan, dan syarikat insurans.
>Pusat pendidikan utama Malaysia - Universiti dan pusat pengajian swasta.
>Pusat pelancongan - Muzium Negara, Zoo Negara, hotel bertaraf antarabangsa dan pusat beli-belah.
>Pusat impot ekspot melalui Pelabuhan Klang

2. Johor Bahru
~Terletak di hujung selatan Semenanjung Malaysia, di pantai Selat Tebrau dan di tebing Sg. Segat.
~Kepentingan dan perkembangannya sebagai :
>Ibu negeri, pusat pentadbiran negeri dan bandar diraja Johor Darul Takzim.
>Pusat jalan raya, kereta api dan udara di bahagian selatan Semenanjung. Mem-punyai lapangan terbang Senai.
>Pusat pelabuhan impot dan ekspot bagi negeri Johor, Negeri Sembilan dan Melaka melalui pelabuhan Pasir Gudang.
>Pusat perniagaan, pengumpulan dan pengedaran
>Pusat perindustrian - Larkin, Tampoi dan Senai.

3. George Town
~Terletak di daerah timur laut Pulau Pinang.
~Kepentingan dan perkembangannya sebagai :
>Ibu negeri dan pusat pentadbiran PPinang.
>Pusat jalan raya, mempunyai lapangan terbang antara bangsa Bayan Lepas. Dihubungkan dengan tanah besar Semenanjung melalui feri dan jambatan Pulau Pinang.
>Pusat pengumpul dan pengedar bahagian utara iaitu Pulau Pinang, Perlis, kedah dan Perak.
>Pusat pelabuhan yang mengendaikan ekspot dan impot bahagian utara Semenanjung Malaysia - pelabuhan kedua besar di Malaysia.
>Pusat perindustrian - Bayan Lepas dan Mak Mandin.
>Pusat pendidikan - USM, Maktab Perguruan dan pusat pengajian swasta.
>Pusat pelancongan - pantai indah di Batu Ferringhi, bukit peranginan Bukit Bendera, hotel bertaraf antara bangsa, dan pusat beli-belah.
>Pusat perdagangan dan perniagaan dengan kemudahan seperti bank, institusi kewangan, syarikat insurans dan pelabuhan.

4. Kota Kinabalu
~Terletak di dataran pantai barat Sabah.
~Kepentingan dan perkembangannya sebagai :
>Ibu negeri dan pusat pentadbiran Sabah.
>Pusat jalan raya dan jalan kereta api menghubungkan bandar Kudat, Sandakan, Beaufort, Tawau dan Papar. Mempunyai lapangan terbang antara bangsa.
>Pusat perindustrian - Likas dan Kepayan.
>Pusat pelabuhan utama Sabah - mengekspot kayu balak, getah, minyak kelapa sawit dan kuprum.
>Pusat pengumpul dan pengedar bagi kawasan pedalamannya.
>Pusat perniagaan dan perdagangan dengan adanya kemudahan bank, institusi kewangan, syarikat insuran, dan pelabuhan.

sumber ini datang dari laman web :
http://www.geocities.com/sarinaz2/petempatan.html